HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Oktober 2016

Putrajaya pertimbang kembiri penjenayah seks kanak-kanak

 
Jika ia boleh dipersetujui, ia adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan ahli-ahli Parlimen, kata Azizah.





KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Azizah Mohd Dun terbuka kepada cadangan untuk pengembirian kimia, sama seperti akta yang diluluskan di Indonesia bulan ini bagi hentikan pedofilia di negara ini.

“Mungkin pengembirian salah satu caranya.

“Jika ia boleh dipersetujui, ia adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan ahli-ahli Parlimen,” katanya ketika menjawab Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Shamsul bertanya sama ada Malaysia akan mempertimbangkan langkah sebagaimana Indonesia dalam memperkenalkan pengembirian kimia untuk mengelakkan satu lagi insiden “menjijikkan” seperti kes Richard Huckle, 30, yang merupakan salah satu daripada pedofilia paling teruk di Britain.

Beliau menjadikan sehingga 200 bayi dan kanak-kanak Malaysia dan berkongsi imej dahsyat itu di laman web, dan akhirnya dikenakan 22 hukuman penjara seumur hidup.

BBC melaporkan Indonesia baru-baru ini meluluskan undang-undang kontroversi awal bulan ini yang membenarkan pengembirian kimia kepada pedofilia.

Ia berkata undang-undang itu membawa kepada perdebatan sengit di Parlimen.

Ia menambah Persatuan Doktor Indonesia memaklumkan ahli-ahlinya tidak terlibat kerana prosedur itu akan melanggar etika perubatan.

Pengembirian kimia adalah penggunaan ubat-ubatan untuk mengurangkan nafsu seks dan libido, tanpa pensterilan atau mengeluarkan organ-organ.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dijangka membentangkan Rang Undang-undang Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak (2016) yang akan memasukkan undang-undang baharu yang akan mengiktiraf kewujudan jenayah dilakukan melalui media sosial dan Internet.

Tiada ulasan: