HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Oktober 2016

Sabotaj Air: UMNO Selangor Cabar Azmin Buat Laporan Polis

noh


KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar hari ini mencabar Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali membuat laporan polis berhubung dakwaannya kononnya Umno Barisan Nasional (BN) mensabotaj industri air di negeri berkenaan.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata jika Azmin benar-benar mempunyai bukti terhadap tuduhannya itu, ia perlu diserahkan kepada polis dan bukannya hanya ‘menyerahkan kepada rakyat untuk menilai’.


“Saya nak beritahu kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azmin) kita (Umno) nak memang Pilihan Raya bukan dengan cara kotor. Bukan cara nak menyusahkan rakyat. Kalau benar Menteri Besar ada bukti yang kukuh bahawa berlakunya sabotaj di Sungai Semenyih saya cabar Menteri Besar untuk membuat laporan polis.

“Bagi kerajaan dengan pihak berkuasa, kita nak tengok betul ke tidak dakwaan yang menyatakan sabotaj dan Menteri Besar pun kata dia ada bukti apa lagi tunggu. Kalau bukti dah ada, ayuh serahkan kepada pihak berkuasa biar pihak berkuasa siasat,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Azmin semalam dilaporkan berkata kerajaan negeri Selangor mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan terdapat kecenderungan unsur sabotaj oleh Umno BN berhubung isu pencemaran air di Semenyih.

Jelas Azmin, langkah itu bagi memperlihatkan seolah-olah kerajaan negeri lemah ketika desas-desus Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.

Menjawab perkara itu Noh berkata tuduhan Timbalan Presiden PKR itu tidak berasas dan berniat jahat – AP


 
 
 

Tiada ulasan: