HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Oktober 2016

Speaker tiada kuasa tentukan giliran RUU Akta 355 dibahas

Oleh Mohd Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak punya kuasa untuk menentukan sama ada Rang Undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah dibahaskan pada sidang parlimen kali ini.
 
Pandikar berkata, semua pihak harus faham bahawa RUU daripada kerajaan perlu didahulukan sebelum usul persendirian, meskipun mana-mana menteri menghantar notis pada minit-minit terakhir.
 
Menteri dibolehkan menyelit RUU bersabit urusan kerajaan dalam masa 24 jam sebelum sidang bermula.
 
"Apabila kita tengok itu kertas perintah, urusan kerajaan bermaksud urusan dari menteri misal kata berkenaan dengan akta. Sebelum ini, cuma ada tiga RUU. Keempat RUU 355 dari Marang. Ada yang memikirkan bahawa perkara (RUU 355) ini sudah (boleh) dibahas.
 
"Mereka (menteri) berhak sisip pula RUU lain dalam masa 24jam. Kerana itu urusan kerajaan. Jadi, urusan kerajaan ini kalau dia tidak mahu bahas perkara lain, bermakna tidak bolehlah dibahas(RUU355) kerana urusan dia (kerajaan) didahulukan," jelas Pandikar.
 
Selasa lepas, pada hari kedua sidang Dewan Rakyat kali ini, usul kontroversi pindaan Akta 355 yang diusul Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak ke bawah dalam kertas aturan mesyuarat.
 
Terdahulu, usul berkenaan disenarikan pada kedudukan keempat sekaligus mencetuskan andaian bahawa ia akan dibahaskan antara Selasa lepas (18 Oktober) hingga hari ini (Khamis).
 
Usul yang mahu dibawa Hadi adalah pindaan untuk meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah, yang ketika ini mempunyai hukuman yang terlalu terhad untuk dikenakan terhadap pesalah.
 
 

Tiada ulasan: