HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Oktober 2016

Sungai Semenyih tercemar lagi

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengesahkan bahawa Sungai Semenyih tercemar sekali lagi pagi ini.
 
"Memang benar (tercemar), ia berlaku pagi tadi. SYABAS akan keluarkan kenyataan rasmi sebentar lagi," katanya dipetik Berita Harian.
 
Ini adalah kali ketiga dalam tempoh sebulan sungai itu tercemar, sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih terpaksa ditutup hari ini.
 
Sebelum ini, loji itu ditutup empat kali selepas pencemaran bau di Sungai Semenyih dikesan, sehingga menyebabkan gangguan bekalan air berlaku di beberapa kawasan. 
 
Minggu lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan kementeriannya sedang melengkapkan siasatan terhadap isu pencemaran LRA Sungai Semenyih sebelum tindakan mahkamah dapat dilaksanakan.
 
Wan Junaidi berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan analisis sampel air daripada Jabatan Kimia sebelum menyerahkannya untuk penilaian Jabatan Peguam Negara.

Tiada ulasan: