HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Oktober 2016

Tiada kekecohan pertembungan Baju Merah dan BERSIH di Kapar

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tiada sebarang kekecohan berlaku meskipun Kumpulan Baju Merah dan BERSIH bertembung antara satu sama lain di Kapar, petang tadi.
 
Terdahulu, BERSIH hari ini menggerakkan konvoi mingguannya sebelum Himpunan BERSIH 5.0 yang akan diadakan pada 19 November nanti.
 
Manakala Kumpulan Baju Merah pula mengumpul penyokongnya sekitar 200 orang untuk menentang program yang dianjurkan gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil itu hari ini.
 
 
Kumpulan itu berkumpul di sebuah stesen minyak dekat pejabat PKR Kapar di mana BERSIH mengakhiri konvoi mereka.
 
Dimaklumkan peserta konvoi BERSIH hanya kurang 50 orang, sekaligus menyerlahkan program mingguannya itu tidak mendapat sambutan.
 
Kedua-dua kumpulan bersurai pada pukul 3.30 petang secara aman, dan dikawal oleh pasukan keselamatan.
 
 
Tidak seperti minggu-minggu lalu, himpunan yang membabitkan pertembungan dua kumpulan tersebut dicemari dengan insiden kekasaran dan provokasi.
 
Terbaru, menerusi himpunan di Sabak Bernam, seorang penyokong BERSIH diserang oleh seorang lelaki, selain kejadian petugas media dikasari oleh penyokong himpunan di Kuala Selangor.
 
 

Tiada ulasan: