HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Oktober 2016

Tidak Berhak Ganggu PM Bentang Bajet – Nik Abduh




nik-abduh


KUALA LUMPUR – PAS tidak mengikut perbuatan biadap Ahli Parlimen pembangkang lain meninggalkan Dewan Rakyat sewaktu pembentangan Bajet 2017 kerana tidak bersetuju dengan tindakan kurang ajar tersebut.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS sentiasa mempromosi kesederhanaan dan menyeru rakyat untuk melakukan pembaikan dalam negara dengan cara yang harmoni dan sejahtera.


“Ahli Parlimen perlu lebih profesional ketika berada di dewan persidangan. Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk Perdana Menteri berucap membentangkan bajet.

“Tiada hak untuk mana-mana Ahli Parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam melakukan provokasi dengan bertindak meninggalkan Dewan Rakyat sewaktu pembentangan Bajet 2016 masih berlangsung.

Kumpulan pembangkang terbabit dipercayai berasa sakit hati dengan Bajet 2016 yang cukup komprehensif untuk kesejahteraan rakyat yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tersebut.

Bajet 2016 berkenaan malah dikatakan boleh menjejaskan kepentingan politik mereka yang sebelum ini sentiasa menyebarkan dakyah dan propaganda jahat ke atas pihak kerajaan.

Nik Abduh turut mengingatkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan PPBM terbabit bahwaa masa untuk Ahli Parlimen membahas dan menghujah bajet itu adalah selepas pembentangannya.

“Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua Ahli Parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional,” tegasnya. mynewshub.cc

Tiada ulasan: