HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 Oktober 2016

Usul Akta 355 PAS ditolak ke bawah

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Usul Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dijangka dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah pada hari kedua sesi ketiga dan terakhir Parlimen tahun ini.
 
Usul Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), telah diturunkan daripada senarai nombor 4 semalam kepada nombor 7 hari ini.
 
Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.
 
Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.
 
Malah ada kemungkinan usul tersebut tidak dapat dibahas kerana bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini.
 
Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi Parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.
 
Tetapi Hadi boleh memohon kerajaan menaikkannya, seperti mana yang berlaku pada sesi Parlimen lalu, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbuat demikian atas arahan Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
 
 

Tiada ulasan: