HALAMAN SANTAI

Khamis, 17 November 2016

8 Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin

THE MALAYSIAN MIRROR


50


Selepas bersalin tentunya si ibu bimbang akan bentuk tubuh badannya yang banyak berubah ketika hamil. Kalau dulu bentuk  badannya kurus cantik, sekarang dah berubah jadi badan berisi. Mana tak nya, Sembilan  bulan berat badan kita bertambah sewaktu hamil. Tapi bila dah bersalin, bentuk badan kita tak mungkin akan jadi kembali kurus sama seperti sebelum kita hamil. rahsia cepat kurus selepas bersalin, cara nak kurus cepat, kurus cara sihat, tips cepat kurus. 

Yang paling ketara, selepas bersalin pasti perut akan jadi menggeleber dan kendur sebab otot kita menjadi lemah di bahagian abdomen. Jadi, bukanlah mudah untuk kita kembali ramping seperti sebelum mengandung kan. Tetapi, jangan putus asa, amalkan tips kurus berikut bagi memastikan impian kita untuk kembali kelihatan kurus dan langsing seperti dahulu menjadi kenyataan. Bila dah kurus, badan pun sihat, dan yang penting suami pun sayang lebih.

Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin :

Rahsia 1: Santai

Untuk kembali kurus dan tampak langsing memang memerlukan waktu. Walaupun nampak mudah, tapi ianya bukanlah sesuatu yang kita boleh dapatkan dalam waktu yang singkat. Tubuh kita telah melalui perubahan besar ketika hamil selama 9 bulan. Jadi, janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam tempoh yang singkat.

51

Rahsia 2: Susukan anak

Ini adalah bonus buat ibu menyusu. Bukan sahaja dapat memberi anak susu yang berkhasiat, malah dalam masa yang sama boleh kurus jugak. Seorang ibu yang menyusukan bayinya dapat menghilangkan lebih banyak berat badan dengan kadar yang cepat berbanding dengan ibu yang tidak menyusukan anaknya. Ini kerana, ibu menyusu akan membakar lebih 500 kalori setiap hari.

36

Rahsia 3: Banyakkan pengambilan protein

Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya kaya dengan sumber Omega 3 telah terbukti dapat membantu menurunkan berat badan.

52

Rahsia 4: Banyakkan bergerak

Pastikan kita banyak bergerak selepas habis berpantang. Contohnya, berjalan-jalan sedikit sambil mandukung anak diluar kawasan rumah. Lakukan selama lebih kurang 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini dapat membakar kalori badan kita dan membuatkan kita berpeluh.

53

Rahsia 5: Makan sedikit

Hindari makan terlalu banyak dan menjaga metabolisme badan dengan cara mengambil makanan dalam sajian yang kecil tetapi kerap. Contohnya 5-6 kali sajian. Jangan tunggu lapar baru kita nak makan, sebab nanti kita akan lagi cenderung untuk makan lebih banyak.

bliss_002

Rahsia 6: Kudapan yang sihat

Elakkan daripada mengambil kudapan atau makanan sampingan yang tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek, aiskrim dan makanan manis. Boleh gantikan dengan buah-buahan atau salad. Itu lebih berkhasiat.

54

Rahsia 7: Banyakkan serat

Pengambilan makanan yang kaya dengan serat boleh membuatkan kita kenyang dalam kadar yang lama. Makanlah makanan yang berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.

55

Rahsia 8: Banyakkan pengambilan air

Air berfungsi sama seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ badan di dalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan, dan mengurangkan nafsu makan.

5

Bukanlah mudah untuk kita kembali kurus dan langsing selepas bersalin dalam masa yang singkat. Tetapi dengan mengamalkan rahsia-rahsia ini, kita boleh kembali kurus semula. Sebenarnya nak kurus nie kena ada keazaman yang tinggi dan konsisten. Kalau tak konsisten memang susah untuk turun ke berat badan yang diidamkan. Jangan sampai suami kita dah tak suka tengok kita sebab badan berisi, baru kita nak terhegeh-hegeh nak kurus. Bukan kurus yang dapat, tapi makin gemuk sebab asyik stress badan tak kurus-kurus.


Tiada ulasan: