HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 November 2016

Abu Sayyaf culik rakyat Jerman, bunuh teman wanita di perairan Sabah

MALAYSIAKINI



GLOBAL- Seorang lelaki rakyat Jerman diculik manakala rakan wanitanya ditembak mati oleh lelaki bersenjata tidak dikenali yang menyerbu kapal layar mereka di luar perairan Malaysia di Sabah semalam.

Menurut laporan Associated Press, tentera Filipina sedangkan mengesahkan dakwaan penculikan dikatakan dilakukan oleh militan Abu Sayyaf.

Laporan itu memetik jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan yang berkata jurucakap Abu Sayyaf, Muamar Askali mengaku bertanggungjawab menculik Juegen Kantner dan membunuh pasangan wanitanya.

Tan berkata, wanita itu mungkin cuba bergelut atau cuba melarikan diri sehingga menyebabkannya dibunuh.

Mayatnya dilaporkan dijumpai di dalam kapal layar itu awal hari ini.

Sementara itu, The Star melaporkan bahawa kapal layar Kantner kali terakhir dilaporkan belayar melalui perairan Sulu di Tawi Tawi, apabila mereka terserempak dengan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf.

Menurut laporan itu, Kantner, 70, pada tahun 2008 ditahan oleh kumpulan lanun bersenjata Somalia yang menyerbu kapal layar, semasa pelayaran melalui Teluk Aden, di Laut Arab yang terletak di antara Yaman dan Somalia.

Bersama isterinya Sabine Merz, Kantner diselamatkan selepas 52 hari ditawan dan disembunyikan oleh kumpulan lanun itu.

Mereka dilaporkan dibebaskan selepas wang tebusan AS$600,000 dibayar kepada lanun itu.


Tiada ulasan: