HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 November 2016

Amal kesaksamaan, Selangor tolak politik sempit

OLEH LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Budaya politik sempit yang memfokuskan golongan tertentu tidak menjadi amalan Kerajaan Selangor dalam mengangkat martabat juga membela ekonomi rakyat di negeri itu.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, usaha itu diterjemah menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang bersifat inklusif tanpa mengenepikan sebarang kaum, bangsa mahupun agama.

“Sejak 2008, kita cuba mengatasi pandangan tidak sihat itu dengan melaksanakan program mencakupi golongan ramai tanpa mengabaikan mana-mana kumpulan.

“Bagaimanapun, terdapat juga fokus kepada golongan tertentu jika perlu seperti program untuk pekerja ladang yang majoritinya kaum India bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demkian mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib berkenaan perkara itu.

img_0709-1296x864

Pada masa sama, Amirudin turut menegaskan isu perkauman seharusnya tidak menjadi modal kepada mana-mana pihak dalam usaha meraih sokongan.

“Sikap benci juga harus dielakkan sama sekali, sebaliknya kita perlu menangkat tinggi konsep perpaduan kaum, malahan Kerajaan Negeri menolak sikap melampau yang diamalkan tidak kira sesiapa,” katanya.
-AA-

Tiada ulasan: