HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 November 2016

Amanah parti setiakawan, Anwar tetap calon PM

 AISYAH HALIM
 
 
Salahuddin Ayub menegaskan Amanah akan terus berpegang janji dalam politik muafakatSalahuddin Ayub menegaskan Amanah akan terus berpegang janji dalam politik muafakat


Parti Amanah Negara (Amanah) tetap berpegang pada janji setia bersama Pakatan Harapan untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Salahuddin Ayub berucap di program pelancaran 27 pusat peduli rakyat negeri Sealngor di Keramat, malam tadiSalahuddin Ayub berucap di program pelancaran 27 pusat peduli rakyat negeri Sealngor di Keramat, malam tadiTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menegaskan, mana-mana parti yang ingin bersama dengan Pakatan Harapan harus bersetuju dengan perjanjian tersebut.

"Kalau kita lihat kembali sewaktu mengikat janji setia semasa menubuhkan Pakatan Harapan dahulu, Amanah menyatakan kita boleh berpegang dengan perjanjian kita mahu Anwar sebagai perdana menteri.

"Mana-mana parti yang nak masuk dalam rumah baru kita mesti bersetuju dengan dasar umum kita. Kita ada dokumen yang bersetuju Anwar menjadi perdana menteri," kata beliau di program pelancaran 27 pusat peduli rakyat negeri Selangor di Keramat, malam tadi.

Pada September tahun lalu, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan - Amanah, PKR dan DAP selepas rundingan meja bulat untuk menbuhkan pakatan baharu bersetuju bahawa Anwar adalah antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia dipersetujui Presiden Amanah Mohamad Sabu, PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Salahuddin juga berkata, Amanah merupakan parti yang bersikap setiakawan dan tidak akan mengkhianati janji dalam berpakat.

"Aset paling bernilai yang ada pada kami ialah kesetiaan kita kepada rakan-rakan dalam politik muafakat.

"Kita tidak pernah khianat kepada janji sebab itu kita menubuhkan Pakatan Harapan. Saya punya premis untuk menyatakan perkara ini kerana saya adalah salah seorang daripada pengasas Pakatan Rakyat dahulu.

"Kita berpegang teguh pada janji dengan kawan-kawan sepanjang perjalanan itu kita kenal siapa kawan, siapa musuh walaupun ada orang sudah tak kenal mana kawan mana musuh. Musuh jadi kawan, kawan jadi musuh. katanya dipercayai merujuk kepada parti lama iaitu Pas.

Katanya lagi, walaupun sebuah parti yang masih baharu namun Amanah mempunyai tekad untuk bersama-sama pembangkang berjuang membela rakyat daripada terus dizalimi kerajaan BN.

Tiada ulasan: