HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 November 2016

Anthony Loke ditahan polis, hasut rakyat jatuhkan Perdana Menteri

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke ditahan polis di sebuah hotel di Kuala Lumpur awal petang ini.
 
Loke berkata beliau ditahan oleh pasukan polis daripada ibu pejabat pasukan keselamatan itu di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
 
Wakil rakyat DAP itu berkata beliau dimaklumkan disiasat bawah Akta Hasutan 1948 berkaitan ucapannya dalam konvensyen Pakatan Harapan, Sabtu lalu.
 
Beliau ketika itu mengajak orang ramai menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya kedaulatan negara ini dapat dipulihkan.
 
Loke sekarang ditahan di Bukit Aman untuk soal siasat dan ditemani peguam dan ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.
 
 

Tiada ulasan: