HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 November 2016

Baju Merah letak sisa sampah peserta himpunan depan Malaysiakini

jamal-yunos2 
jamal-yunos1
jamal-yunos


PETALING JAYA – Sebagai tanda protes, kumpulan Baju Merah yang berhimpun depan pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya petang tadi mengumpulkan sisa sampah yang dihasilkan peserta dan meletaknya di depan pagar pejabat portal itu.

Ketua bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dan pengikut-pengikutnya mengumpul sampah dalam plastik hitam yang kemudiaannya diusung di depan pejabat Malaysiakini.

Pada mulanya, sampah ditinggalkan berselerak di sepanjang jalan menuju ke Business Park PJ51 selepas perhimpunan itu berakhir kira-kira jam 4 petang.

Sebahagian daripada baju merah kemudian datang kembali selepas kira-kira dua jam membersihkannya. Mereka kemudian meletakkan sampah yang telah dikumpulkan itu di depan pintu pagar Malaysiakini.

Jamal, bercakap kepada kakitangan Malaysiakini dari luar pagar berkata baju merah adalah ‘orang yang bertanggungjawab’.

“Saya nak beritahu you all kami adalah orang yang bertanggungjawab. Sampah-sampah yang kami telah kutip. Sampahnya yang kami kutip telah letak di sini.

“Ini bukti kumpulan merah telah kutip sampah. Terima kasih,” katanya, sebelum meninggalkan sampah berkenaan.

Ada polis berkawal semasa kejadian itu.

Awal hari ini, ratusan peserta membantah di luar pejabat Malaysiakini bagi mempersoalkan sumber dananya. Terdapat sedikit ketegangan antara polis dan baju merah tetapi mereka akhirnya berundur dan bersurai.

Jamal mendakwa bantahan itu menarik 10,000 orang dan mereka tidak meruntuhkan bangunan Malaysiakini kerana tidak mencapai sasaran 20,000 peserta.

Pada sidang akhbar selepas itu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan menegaskan bahawa keputusan editorial portal berita itu ditentukan oleh wartawan dan editornya, bukan pelabur atau pihak luar


Tiada ulasan: