HALAMAN SANTAI

Sabtu, 19 November 2016

Bebaskan Maria Chin dan pemimpin BERSIH: Azmin Ali

Selangorkini, 
azmin 


SHAH ALAM – Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengecam tindakan pihak berkuasa menahan pimpinan BERSIH.

Menyifatkan tindakan seumpama itu sebagai budaya kotor, Mohamed Azmin juga berkata ia jelas suatu ugutan terhadap pemimpin masyarakat sivil.

“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa pihak berkuasa mesti menyerang rakyat yang mahukan demokrasi dan kerajaan yang lebih baik.

“Yang sepatutnya mereka tangkap adalah pemimpin-pemimpin korup yang berada di Putrajaya dan bukan menentang rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sumbangan dan Pembayaran SMUE Fasa 2 DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak di Kediaman Menteri Besar, hari ini.

Azmin berkata, BERSIH juga tidak melanggar sebarang undang-undang dan itu telah dijamin oleh perlembagaan.

“Saya berharap pihak berkuasa bebaskan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan pimpinan lain dengan segera.

“Mereka seharusnya memusuhi perasuah dan perompak. Tindakan mereka itu hanya memberikan imej buruk terhadap negara,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau tidak halang sekiranya kumpulan baju merah ingin mengadakan demonstrasi.

Tiada ulasan: