HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 November 2016

Bekas SU Kerajaan Negeri sahkan Khalid tawar RM2.9b ambil alih SPLASH - Azmin

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini mendakwa mendapat bukti baru yang menyatakan Tan Sri Khalid Ibrahim ada menawarkan sejumlah RM2.9 bilion kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) bagi proses pengambilalihan syarikat konsesi berkenaan. 
 
Menurut Azmin, bukti berkenaan diperolehi daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud yang berkhidmat di bawah pentadbiran Khalid selaku Menteri Besar pada ketika itu,
 
"Pagi ini saya mendapat pengesahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada ketika itu Datuk Seri Ramli Mahmud yang mengesahkan itulah keputusan yang dibuat oleh Khalid ketika itu untuk menawarkan RM2.97 bilion kepada SPLASH. Ini patut dia jawab," katanya kepada pemberita di lobi DUN hari ini.
 
Azmin sebelum ini mempertahankan dakwaan beliau bahawa Khalid pernah menawarkan RM2.9 bilion kepada SPLASH untuk mengambil alih aset syarikat konsesi air itu.
 
Malah dakwa Azmin, beliau mempunyai bukti kukuh bagi menyokong dakwaannya.
 
Khalid dalam sidang medianya semalam bagaimanapun mempersoalkan sama ada kerajaan Negeri di bawah Azmin akan menggunakan simpanan wang rizab yang dimiliki mereka untuk membayar pampasan sebanyak RM2.7bilion kepada SPLASH.
 
Khalid menjangkakan adalah mustahil untuk kerajaan Pusat meluluskan sejumlah pinjaman yang besar untuk membuat pembayaran berkenaan.  
 
Namun Azmin menyanggah kenyataan Khalid dengan menyatakan kerajaan negeri mempunyai pelbagai inisiatif bagi menampung nilai yang ditetapkan kelak. 
 
"Itu tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor. Saya sudah sebut tadi kita ada pelbagai inisiatif untuk mencari hasil-hasil baru dan itu memang pendirian kerajaan negeri bukan sahaja bergantung kepada sumber hasil tanah tapi kita sedang cari sumber-sumber baru termasuk premium petak yang baru diperkenalkan mulai 1 Januari dan menggunakan pendekatan smart solution untuk meningkatkan efisiensi dalam meningkatkan hasil negeri.
 
"Jangan dia alih daripada isu perbahasan hari ini. Persoalannya dia menuduh saya membayar 10 kali ganda ini satu pembohongan kerana dialah yang membayar RM2.9 bilion kepada SPLASH," jawab Azmin kepada kenyataan Khalid.
 
Sebelum ini Khalid mendakwa Azmin dikatakan hampir bersetuju untuk membayar jumlah pampasan yang dituntut SPLASH iaitu RM2.7 bilion, peningkatan sebanyak RM2.45 bilion daripada tawaran asal yang berjumlah RM 250 juta.
 
Oleh yang demikian Azmin mencabar Khalid untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau.  
 
"Dia (Khalid) ada ruang sebagai ADUN ketika perbahasan, ketika penggulungan dan pertanyaan. Kamu ada lihat dia selama 10 hari bersidang. Tidak ada," soal Azmin. 
 
 

Tiada ulasan: