HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 November 2016

Bersatu akan sertai Pakatan Harapan, kata Tun M

WARTAWAN MALAYSIA DATELINE
 
 
Pimpinan utama Pakatan Harapan di Konvensyen Pakatan Harapan hari iniPimpinan utama Pakatan Harapan di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa gembira menyertai Konvensyen Pakatan Harapan hari ini dan berjani parti beliau akan menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan tidak lama lagi.

"Saya sangat gembira dapat hadir dalam perjunpaan ini. Tidak lama lagi Bersatu akan jadi sebahagian daripada PH," kata Tun Mahathir dalam Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di Konvensyen Pakatan Harapan hari iniTun Dr Mahathir Mohamad berucap di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini
Beliau berjanji akan menyelesaikan isu berkaitan menandatangani dokumen Pakatan Harapan sebagaimana yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Beliau berkata, tiada apa yang tidak dipersetujui dalam draf pendirian bersama Pakatan Harapan.

"Hari ini jelas kita bersatu. Baju oren ada, biru ada, merah pun ada. Saya berdoa kita berpegang kepada pendirian tegas terhadap keperluan menyingkirkan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Percayalah saya akan selesaikan sedikit sebanyak masalah isu menandatangani dokumen Pakatan Harapan," katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Semalam, The Star melaporkan PPBM dijangka menandatangani perjanjian bersama Pakatan, tetapi rancangan itu dibatalkan selepas Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa berkata untuk menimbangkan perkara itu dahulu.

Mahathir mengulangi gesaan agar Pakatan Harapan bertanding sebagai satu parti.

"Kita perlu guna satu logo hilangkan identiti parti masing-masing untuk pilihan raya sahajalah, pakai satu simbol," katanya.

Tiada ulasan: