HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 November 2016

‘BERSIH bukan mengenai individu, kita semua Maria, Mandeep’

MALAYSIAKINI



Bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan membidas penahanan penggantinya, Maria Chin dan pengurus sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh.

"Ia adalah usaha terdesak dan cubaan untuk menggagalkan perhimpunan BERSIH (esok).

"Mereka (pihak berkuasa) seolah-olah tidak mengenali rakyat Malaysia. Ini akan mendorong lebih ramai rakyat untuk keluar (dan menyertai perhimpunan itu)," katanya kepada Malaysiakini.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan dirinya juga ditahan, bekas presiden Majlis Peguam itu langsung tidak bimbang.

"Tidak kira siapa yang ditangkap, ini tidak akan mematahkan semangat BERSIH.

"BERSIH tidak pernah tentang mana-mana individu. Kita semua Maria dan Mandeep," katanya.

Kedua-dua pemimpin BERSIH itu ditahan petang tadi berikutan serbuan di pejabat mereka di Petaling Jaya.

Serbuan dijalankan bersama oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebelum dia ditangkap, Mandeep memberitahu Malaysiakini serbuan dibuat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: