HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 November 2016

Gerakan anti Subramaniam (GAS) akan mara demi Barisan Nasional




Gerakan Anti Subramaniam (GAS) yang ditubuhkan ketika Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC baru-baru ini akan meneruskan agendanya demi pengukuhan hubungan MIC dengan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN)

Menurut bekas Bendahari Agungnya MIC, Datuk R.Ramanan dalam satu kenyataan berkata, gerakan itu ditubuhkan semata-mata untuk membersihkan parti MIC daripada pelbagai korupsi yang dilakukan oleh presidennya, Datuk Seri Subramaniam.

“Sebuah gerakan baru yang dikenali sebagai “Gerakan Anti Subramaniam” atau (GAS) akan digerakkan untuk menyingkirkan Presiden MIC , Datuk Seri Dr S.Subramaniam daripada jawatannya.

“Terdapat pelbagai salah-laku yang dibuat oleh Subramaniam berkenaan jawatan presiden yang dipegangnya,” dalam satu kenyataan.

Gerakan yang turut dipimpin oleh bekas Setiausaha Agung MIC, AK Ramalingam dan L.Sivasubramaniam itu bakal menghimpunkan seramai 20,000 orang kaum India yang menolak kepimpinan Subramaniam.

Perhimpunan itu dijangka akan dilakukan di Kuala Lumpur sebelum meneruskan kempennya ke seluruh negara sehingga Subramaniam meletak jawatan.

“GAS akan mengadakan perhimpunan besar-besaran 20,000 penyokong di ibu negara, sebelum meneruskan kempen di seluruh negara,” katanya kepada The Malaysia Mirror.

Terdahulu, MIC memecat beberapa orang pemimpin tertingginya termasuk bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R.Ramanan, bekas setiausaha Agung, AK Ramalingam serta beberapa orang lagi selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC.

Walau bagaimanapun, beberapa siri pendedahan yang dibuat oleh kumpulan dipecat tersebut bagi membongkar salah-laku oleh Subramaniam dalam MIC susulan dari pemecatan itu.

Namun, sehingga kini tiada sebarang respon atau tindakan lanjut oleh Subramaniam berhubung dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kumpulan dipecat tersebut.

Tiada ulasan: