HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 November 2016

GST : Umat Islam Perlu Pulau Mengerjakan Haji Dan Umrah Ke Mekah

NEGARAPAKATANRAKYAT.COM


136090452

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sentiasa menghantui kehidupan rakyat Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada April tahun lalu. Cukai ini dilihat seperi cukai berganda yang dikenakan kepada pengguna di Malaysia sehingga mengakibatkan, banyak barangan keperluan naik mendadak.

Menariknya, menerusi banyak laporan media, Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengenakan GST. Terbaru, kerajaan Arab Saudi di beritakan bakal melaksanakan GST bermula tahun hadapan.

Menurut laporan, Arab Saudi akan mengenakan cas 5 peratus cukai GST yang akan meliputi banyak barang yang diniagakan di sana. Sudahlah langkah terbaru kerajaan Arab Saudi mengenakan cas tambahan kepada umat Islam yang mahu mengerjakan haji dan umrah kali kedua, kini, bakal haji dan umrah terpaksa membayar cas GST pula.

Dimanakah keadilan dalam hal ini? Menurut beberapa ulama termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mereka menyifatkan cukai seumpama ini adalah zalim dan akan menekan mereka yang mahu mengerjakan ibadat di Tanah Suci Mekah tahun hadapan.

Bagaimana mereka boleh beribadah dengan tenang jika Arab Saudi sendiri mengenakan cas cukai GSTnya sendiri tahun hadapan? Pastinya banyak harga barangan akan melambung di sana dan ianya bakal menekan jemaah haji dan umrah nanti.

Oleh yang demikian, secara logik akal, umat Islam di negara ini diseru untuk memulaukan musim haji dan hasrat untuk mengerjakan umrah pada tahun hadapan sebagai tanda protes terhadap kerajaan Arab Saudi yang mengenakan cas GST 5 peratus tahun hadapan.

Cukai yang bakal dikenakan ini adalah lambang kepada kezaliman sistem cukai yang dikenakan dan kerajaan Arab Saudi wajar menerima pemboikotan jemaah haji Malaysia pada tahun hadapan.


Tiada ulasan: