HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 November 2016

Isu Nora Danish: Selebriti memang diberi pelepasan cukai - LHDN

MALAYSIA GAZETTE
 

Nora Danish
Nora Danish
 
 
Semalam kecoh apabila Nora Danish dikatakan mengemukakan cadangan bagi selebriti diberi sedikit pelepasan cukai kerana kos penampilan tinggi yang harus ditanggung oleh mereka.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri, Masrun Maslim, potongan cukai penampilan diri untuk penggiat seni sudah lama diberikan.

Jelasnya, kerajaan telah memberikan potongan bagi bayaran jurusolek, sewaan pakaian, pengurusan artis, kos perjalanan dan lain-lain.

“Untuk perbelanjaan jenis ini, tiada peruntukan atau amaun tertentu yang ditetapkan. Ia terpulang kepada perbelanjaan sebenar seseorang artis tersebut dalam menjalankan profesion mereka.

“Setiap tahun mereka kena hantar Borang B. Jadi mereka boleh tuntut belanja operasi setiap tahun.

“Mereka perlu simpan semua dokumen sokongan seperti invois (termasuk, pembelian alat solek) baucer bayaran jurusolek dan pengurus artis, resit pembelian dan lain-lain,” katanya pada Projek MMO berikutan saranan Nora Danish mengenai pelepasan cukai kepada selebriti yang menampung kos untuk menjaga penampilan diri.

Mengulas lanjut kenyataan Nora mengenai permintaanya untuk mendapat sedikit pelepasan cukai semalam, Masrun berkata, terma yang sepatutnya digunakan untuk pelepasan cukai adalah perbelanjaan operasi sebagai artis.

Tambahnya lagi, kebanyakan penggiat seni dikenakan cukai yang tinggi kerana mereka tidak menghantar borang cukai dan gagal menyediakan penyata pendapatan yang lengkap dengan dokumen sokongan.

Semalam, Nora meminta pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memberikan sedikit pelepasan cukai kepada golongan artis yang terpaksa menanggung kos yang tinggu untuk kekal cantik.

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang kemarahan orang ramai yang menganggap kehidupan selebriti yang serba mewah tidak memerlukan perlepasan cukai lagi. Padahal kenyataan Nora Danish telah dimanipulasi apabila tidak meminta golongan tersebut diberikan pengecualian cukai.


Tiada ulasan: