HALAMAN SANTAI

Sabtu, 19 November 2016

Jamal Yunos pula ditangkap menjelang himpunan BERSIH 5

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunus ditahan polis sekitar jam 1.30 pagi tadi.
 
Jamal adalah individu ke-13 yang ditahan pihak berkuasa menjelang himpunan BERSIH 5 yang akan diadakan di ibu kota, esok pagi (Sabtu).
 
"Polis telah datang ke rumah dan menahan saya sekitar jam 1:30 pagi hari ini dibawa ke IPK Selangor, Shah Alam.
 
"Saya berharap penahanan saya tidak mematahkan semangat para penyokong Gerakan Baju Merah untuk meneruskan perjuangan.
 
"Saya juga berharap Himpunan vode ll yang dijadual berlangsung esok di Padang Merbok menjadi kenyataan," katanya menerusi kenyataan medianya, menerusi aplikasi WhatsApp.
 
Terdahulu polis menahan 12 individu termasuk Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah kurang beberapa jam sebelum himpunan jalanan itu bermula.
 
 

Tiada ulasan: