HALAMAN SANTAI

Rabu, 16 November 2016

Jangan biar rakyat ragu, isytihar harta segera

DETIK DAILY
 



KUALA LUMPUR: Amanah hari ini menggesa Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly agar mengisytiharkan harta bagi menutup keraguan orang ramai.Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pendedahan tentang kekayaannya boleh menyebabkan masyarakat mempersoalkan perjuangan pembangkang.


“Gangsterisme Datuk Seri Jamal Yunus dan gerakan Baju Merah memang menjengkelkan dan wajib ditolak, tetapi pembongkarannya terhadap kemewahan luar biasa seorang pemimpin muda parti pembangkang, serta jawapan balasnya perlu dipandang serius semua pihak.

“Rentetan jawapan balasnya, masyarakat mula mempersoalkan tekad Pakatan Harapan untuk mereformasi institusi kerajaan dan budaya politik di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan pendedahan Jamal terhadap Adam yang memiliki banglo dan beberapa kereta mewah semalam, pemuda berusia 28 tahun itu berkata ia bukanlah perkara yang pelik dan mengalu-alukan sebarang siasatan terhadapnya.

Selain banglo bernilai RM1 juta di Ampang itu, The Star hari ini mendedahkan yang beliau turut memiliki rumah 2 tingkat di Putrajaya, kereta Mercedez Benz, Range Rover dan motosikal berkuasa tinggi KTM 200 Duke, berdasarkan gambar-gambar di Instagram miliknya.

Shazni turut menggesa setiap ahli politik muda Pakatan Harapan mengisytiharkan harta masing-masing.

“Mekanisme ini penting untuk meyakinkan rakyat yang kita serius dalam membawa agenda perubahan dan tidak menjadikan politik sebagai batu loncatan untuk mengumpul kekayaan

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini juga menggesa perkara yang sama, manakala Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berpandangan ia tidak perlu dilakukan memandangkan Adam bukan penjawat awam.

Tiada ulasan: