HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 November 2016

Jika apa yang dituntut gagal, kerajaan perlu tutup Malaysiakini, kata Jamal

DALIA ISMAIL
 
 
Jamal ketika bertemu Steven Gan (berbaju putih) di ibupejabat Malaysiakini petang tadi.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.Jamal ketika bertemu Steven Gan (berbaju putih) di ibupejabat Malaysiakini petang tadi.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.


Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memberi tempoh sehingga jam 12 tengahari, Sabtu ini untuk portal berita Malaysiakini menjelaskan hubungan media itu dengan Operasi Society Faundation (OSF) yang menyumbangkan dana melalui Malaysian Program.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu hadir bersama lebih kurang 50 penyokongnya yang berkumpul di ibupejabat Malaysiakini jam 2.30 petang ini di Petaling Jaya.

"Kami terpanggil apabila melihat dokumen yang didedahkan tentang dana yang disalurkan kepada Malaysiakini yang kita lihat cuba berselindung dari sistem demokrasi tetapi menjadi agen memburuk-burukkan sistem demokrasi yang sudah lama terbina.

"Melalui maklumat diperoleh, tuntutan kami adalah ingin mengetahui sejauhmana dakwaan dan tuduhan bahawa Malaysiakini agen untuk merosakkan sistem demokrasi.

"Kami memberikan tempoh sehingga jam 12 tengahari pada Sabtu ini untuk kami mendapat penjelasan dan jawapan  dan daripada sumber manakah Malaysiakini peroleh dana selama ini," ujarnya.

Kehadiran Jamal di sambut Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan pertemuan berlansung secara harmoni membabitkan dua pihak.

Dakwaan Jamal lagi Malaysiakini adalah media sepenuhnya yang menyokong usaha dilakukan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

"Jika tidak NGO seluruh negara akan buat protes besar-besaran dan kita akan pastikan sebahagian 'bangunan ini akan runtuh' pada 5 haribulan," ujarnya.

Dalam sidang media diluar luar ibupejabat Malaysiakini, Jamal berkata, sekiranya apa yang dituntut dalam pertemuan itu gagal, beliau akan mendesak kerajaan menutup operasi Malaysiakini.

" Walaupun polis lakukan siasatan dan tiga pengurusan tertinggi Malaysiakini berada dalam pertemuan ini, jelas mereka kata ada menerima dan telah disiarkan dalam media mereka sendiri.

"Saya tidak tanya berada banyak mereka dapat... tetapi yang kita pertikaikan hubungan mereka dengan Soros.

"Kita juga tuntut kerajaan tutup Malaysiakini. Kita menuntut mana-mana pihak yang ada hubungan dengan Soros ini diambil tindakan dihentikan serta merta," ujarnya.
 Sekiranya tuntutan dibuat gagal Jamal (dua dari kiri) akan mengadakan demontrasi di ibupejabat Malaysiakini pada Sabtu ini yang mana akan membawa 20,000 penyokongngya.Sekiranya tuntutan dibuat gagal Jamal (dua dari kiri) akan mengadakan demontrasi di ibupejabat Malaysiakini pada Sabtu ini yang mana akan membawa 20,000 penyokongngya.

Tiada ulasan: