HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 November 2016

Kehadiran Tun M ke Parlimen umpama kereta antik sertai Formula 1 - Annuar Musa

 
 
pakai foto acap. tq
 
 
Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ke mesyuarat bersama pemimpin pembangkang di Parlimen sebagai bukan isu besar untuk dibincangkan.
 
Katanya, tindakan pembangkang membawa Tun M itu umpama membawa masuk sebuah kereta antik ke perlumbaan Formula Satu (F1).
 
"Ia isu kecil, bagi saya ia tidak seberapa penting. Jawapan saya sangat jelas iaitu bawa Mahathir ke Parlimen adalah seperti membawa masuk kereta antik dalam perlumbaan F1.
 
"Ia seronok untuk menonton (kehadiran Tun M) tetapi tidak relevan untuk perlumbaan (Parlimen)," katanya secara ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen di sini.
 
Dalam perkembangan lain beliau turut ditanya sama ada subjudis atau terdapat unsur menghasut daripada tindakan bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berucap dan membangkitkan beberapa isu berkaitan Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  di Parlimen.
 
Annuar berkata beliau secara peribadi tidak melihat sebarang perkara pelik di dewan.
 
Sebagai menyokong Husni, Annuar menegaskan bahawa Husni hanya membangkitkan beberapa soalan yang memerlukan penjelasan kerajaan mengikut situasi terkini.
 
"Dia pernah menjawab untuk soalan tertentu tahun lepas yang berdasarkan siatusi ketika itu, kini keadaan sudah berubah, dan dia mahukan status terkini kerajaan dalam bebrapa perkara tertentu sekarang.
 
"Saya rasa itu tak salah yang mana kerajaan boleh menggunakan peluang ini untuk menjelaskan situasi semasa secara menyeluruh," ujarnya lagi. - MalaysiaGazette
 
 

Tiada ulasan: