HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 November 2016

Kesediaan PAS untuk satu lawan satu agenda penting Konvensyen PH, kata Rafizi

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kesediaan PAS untuk menjayakan konsep satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjadi agenda penting yang akan dibincangkan dalam Konvensyen Pakatan Harapan, 12 November depan.
 
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata reaksi positif daripada PAS itu dianggap Pakatan Harapan sebagai 'berita baik' yang akan memastikan peluang untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) tercapai.
 
Rafizi berkata, Pakatan Harapan sudah menghantar jemputan kepada PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menyertai konvensyen kali pertama gagasan itu.
 
"Saya rasa ya, soal kesediaan dan keterbukaan itu akan menjadi sebahagian isu besar dalam konvensyen PH 12 November depan.
 
"Saya dimaklumkan, perbincangan terus berlaku. Seperti biasa kita menjemput semua. Saya tidak mendapat maklum balas dari Sekretariat PH lagi mengenai jawapan PAS. 
 
"Tetapi saya dimaklumkan Bersatu telah beri reaksi yang positif. Besar kemungkinan Bersatu ada pengumuman sewaktu konvensyen, atau ada langkah yang beri gambaran positif ke arah pertandingan satu lawan satu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat.
 
 

Tiada ulasan: