HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 November 2016

KJ: Derma RM2.6 bilion tiada syarat, beza dengan dana Soros

Alyaa Alhadjri 





Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini berkata derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang tanpa apa-apa syarat.

Katanya, ia adalah sangat berbeza dengan pembiayaan asing bagi pertubuhan bukan kerajaan tempatan, termasuk daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.

"(Derma) itu dengan jelas sumbangan yang diterima, diberi tanpa apa apa syarat dan itu terkandung dalam surat yang diberikan kepada perdana menteri. Sedangkan foreign funding (Dana asing) untuk NGOs yang lain semua datang dengan agenda yang tertentu.

"Pergi lihat OSF, mereka ada agenda sendiri. Mereka menganjurkan program tertentu untuk melanjutkan perjuangan mereka, jadi sangat beza," kata Khairy.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perbezaan antara sumbangan RM2.6 bilion dari putera Saudi dan dana asing dikaitkan dengan Soros.

Antara organisasi yang dinamakan dalam dokumen yang bocor sebagai penerima OSF termasuk BERSIH dan Malaysiakini, namun kedua-kedua organisasi itu telah memberikan penjelasan. Selain itu, Majlis Peguam turut didakwa menerima dana OSF.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dipetik oleh Utusan Online hari ini sebagai berkata beliau "tidak kisah" jika Majlis Peguam menerima dana daripada OSF.

"Kita tidak faham kenapa kekecohan ini timbul, ia melampaui imaginasi yang penggunaan dana ini merbahaya kepada demokrasi berparlimen.

"Soros bukan seorang larangan (prohibited person), dan dana OSF itu mungkin datang dari seorang penyumbang (Soros) ataupun lebih ramai lagi," katanya sambil menambah dana itu digunakan untuk kajian mengenai akses keadilan kepada pekerja asing di negara ini.

Thiru: Tiada syarat

Diminta mengulas mengenai laporan Utusan, Khairy menyifatkan kenyataan Thiru sebagai tidak bertanggungjawab dan dikesali.

"Tujuan OSF adalah untuk mengubah masyarakat dalam sesebuah negara, supaya rakyat lebih mencerminkan nilai-nilai yang ia tegakkan.

"Sebahagian daripada kebebasan (diperjuangkan) mungkin tidak selaras dengan nilai-nilai ketimuran kita, termasuk di Malaysia," kata Khairy.

Ketika dihubungi, Thiru bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkata "tidak kisah" menerima dana asing.

"Perkara yang saya nyatakan adalah geran asing untuk penyelidikan tidak dilarang oleh undang-undang kita.
"Dalam kes ini, geran itu datang tanpa syarat atau keadaan dan kami boleh secara bebas gunakannya untuk kerja penyelidikan," katanya.

Tiada ulasan: