HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 November 2016

KPDNKK nafi laporan harga LPG naik

ANTARAPOS.COM


Post Pic


PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan laporan beberapa media tempatan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan RM7 setong mulai tahun depan.

KPDNKK dalam satu kenyataan hari ini, berkata laporan yang menjadi viral itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna.

"KPDNKK memberi jaminan harga LPG masih kekal seperti yang ada hari ini.

"Mana-mana pihak disaran merujuk KPDNKK terlebih dulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan," katanya.


Tiada ulasan: