HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 November 2016

Lima Murid Perempuan Ditahan Rakam Gambar Guru Di Tandas


MSTAR ONLINE
 
 

- Gambar hiasan

PETALING JAYA: Lima murid sekolah rendah di Johor Baru telah ditangkap kerana merakam gambar guru mereka di dalam tandas, lapor Oriental Daily.


Seorang murid telah memaklumkan perkara itu kepada gurunya pada Ahad dan mereka yang melakukan perbuatan itu mengaku telah berbuat demikian sejak lapan bulan yang lalu.

Ketika dihubungi, pihak sekolah berkata kes itu telah diselesaikan secara dalaman.

Pihak berkuasa sekolah, guru dan ibu bapa bersetuju untuk menghantar murid-murid terbabit ke balai polis 'untuk memberi pengajaran' kepada mereka, sambil menambah tindakan akan diambil terhadap murid-murid perempuan terbabit.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Jokhiri Abd Aziz mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan murid-murid itu mendakwa semua gambar telah dipadam.

Polis akan membuat tindakan susulan mengenai kes itu, katanya.

Tiada ulasan: