HALAMAN SANTAI

Khamis, 17 November 2016

Maria ingatkan Umno juga berdemo di era British

MALAYSIAKINI

 


BERSIH hari ini menolak kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya rakyat negara ini.

Malah, kata Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Umno sendiri berdemonstrasi menentang British sebelum merdeka.

“Umno tidak akan hidup jika mereka tidak turun ke jalan raya.

“Jika kamu ingat bagaimana kita merdeka, kita turun ke jalan-jalan raya, sejak awal sejarah kita lagi.

“Kita berhak untuk berbeza pendapat. Demonstrasi jalanan sentiasa jadi budaya kita,” kata Maria dalam sidang media di pejabat BERSIH di Petaling Jaya hari ini.

Maria juga berkata demonstrasi dapat menunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat serius mahu perubahan.

“Ia sebahagian daripada perjuangan kita untuk kemerdekaan. Dan sekarang kita berjuang untuk sebuah Malaysia baru,” kata Maria.

BERSIH akan mengadakan perhimpunan besarnya Sabtu ini bertemakan “Satukan Tenaga, Malaysia Baru”.


Tiada ulasan: