HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 November 2016

MCA tetap bantah RUU Mahkamah Syariah

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: MCA mengulangi pendirian parti itu yang membantah Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.
 
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata komuniti Cina di negara ini terganggu dengan usaha PAS untuk membawa pindaan RUU itu yang disifatkannya sebagai undang-undang hudud.
 
"Usaha PAS itu akan mewujudkan dua sistem perundangan dalam negara ini dan MCA sebagai parti yang yang menghormati Perlembagaan negara akur dengan sistem sedia ada.
 
"MCA membantah sekeras-kerasnya RUU Mahkamah Syariah itu atau undang-undang hudud yang nyata bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-63 di sini, hari ini.
 
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
 
 

Tiada ulasan: