HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 November 2016

PAS mungkin bincang dengan BN, satu lawan satu menentang pembangkang

Muhammad Ali, 
Datuk Teng Chang Khim
Datuk Teng Chang Khim


PAS tidak mustahil akan membuat perbincangan dengan Barisan Nasional bagi menentukan satu lawan satu menentang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Menurut Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim, beliau tidak menolak kemungkinan tersebut berikutan kenyataan-kenyataan yang tidak konsisten di kalangan pemimpin-pemimpin PAS berkenaan kerjasama politik dengan parti lain.

“Itu boleh berlaku sebab saya kata ada di kalangan mereka hari lain cakap lain,” katanya kepada ketika ditanya kemungkinan sama ada PAS dan BN bekerjasama pada PRU ke-14.

Terdahulu, Teng menyarankan Ketua Pemuda PAS itu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya berjumpa dengan pakar psikitri.

Ia berikutan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Abduh berkenaan dengan pendirian partinya untuk menjalin kerjasama dengan parti-parti politik lain bagi menghadapi PRU ke-14.

“Saya cadangkan Nik Abduh pergi jumpa doktor psikiatri supaya beliau tidak cakap bukan-bukan. Setiap hari beliau nak cari hal untuk menyakitkan hati orang.

“Beliau cakap ‘pusing-pusing’ dan pemimpin sendiri cakap pun beliau tidak setuju. Saya juga setuju dengan kenyataan yang ramai orang ada masalah mental, suma tidak tahu serius atau tidak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tiada ulasan: