HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 November 2016

Pastikan peruntukan cukup baru mula projek - PAC

 
 
Hasan Arifin
Hasan Arifin


Kementerian Pertahanan perlu memastikan peruntukan kewangan mencukupi sebelum memulakan sesuatu projek pada masa hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin berkata, ia merupakan antara lapan cadangan yang dikemukakan oleh PAC bagi projek kelewatan projek pembinaan Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Padang Tembak.

Projek pembinaan itu lewat siap selama 389 hari dan mengalami kelemahan dari segi perancangan reka bentuk dan skop kerja.

Kos projek tersebut telah meningkat lebih RM300,000, mengalami kelewatan menduduki bangunan selama 25 bulan, perabot dan hiasan dalaman lewat siap, kualiti kerja pembinaan kurang berkualiti telah dibaiki selepas teguran Jabatan Audit.

Kerja-kerja mekanikal dan elektrikal tidak sempurna dan rundingan harga dengan perunding kerja-kerja hiasan dalaman lewat dimuktamadkan.

Laporan Pembinaan dan Pengurusan Wisma Perwira ATM itu telah dibangkitkan dalam pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1 di Dewan Rakyat pada 6 April 2015.

PAC merumuskan bagi projek reka dan bina, segala keputusan perlu dimuktamadkan pada peringkat awal.

Selain itu, Kementerian Pertahanan mempunyai kelemahan dari segi kawal selia kontrak menyebabkan timbul permasalahan dalam projek itu, selain tidak mempunyai kekuatan anggota yang cukup dan kekurangan kepakaran dalam pembinaan bangunan bertingkat.

Kelemahan lain Kementerian Pertahanan ialah daripada segi koordinasi dan prosedur operasi standard (SOP) telah menyebabkan banyak kelemahan yang boleh dieksploitasikan. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: