HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 November 2016

Pemain JDT guna wang sendiri bayar denda FAM

Madiha Abdullah, Astro Awani
Pemain JDT guna wang sendiri bayar denda FAM
Pemain JDT berharap penyokong dapat menjaga tingkah laku di masa hadapan. - Foto Bernama
 
 
PEMAIN kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) membuktikan kecintaan yang tinggi buat pasukan itu apabila sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membayar denda yang dikenakan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Melalui satu status di akaun Facebook rasmi pasukan itu, Johor Southern Tigers, pemain-pemain pasukan, yang diketuai Safiq Rahim sepakat untuk menggunakan wang mereka sendiri untuk menjelaskan denda berjumlah RM30,000 itu.

Tindakan itu juga dibuat sebagai simbol terima kasih kepada pengurusan kelab itu yang telah bersungguh-sungguh membawa imej bola sepak terbaik dalam negara.
 
Dalam masa yang sama, pemain juga meminta penyokong agar menjaga adab dan tingkah laku mereka untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.

Semalam, JDT dan Perak dijatuhkan hukuman denda dengan jumlah keseluruhan mencecah RM77,500 gara-gara tindakan penyokong yang merusuh dalam perlawanan di Stadium Perak, 6 Ogos lalu.
 
Perak juga didenda perlu bermain tanpa penonton dalam tiga perlawanan terawal, musim depan. 
 
 
 
 

Tiada ulasan: