HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 November 2016

Penang Institute nafi ada kaitan dengan George Soros

SINAR HARIAN
Zairil Khir Johari
Zairil


GEORGETOWN - Badan pemikir dasar awam kerajaan Pulau Pinang, Penang Institute, hari ini menafikan semua dakwaan yang mengaitkan organisasi itu dengan dana, Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki hartawan George Soros.

Pengarah Eksekutifnya, Zairil Khir Johari berkata, beliau terkejut apabila  membaca laporan yang mengaitkan organisasi itu dengan OSF dan mempersoalkan motif di sebalik dakwaan itu.

"Kami ingin menyatakan bahawa Penang Institute tidak menerima atau memohon apa-apa dana daripada OSF dan tiada seorang pun daripada kakitangan kami telah menerima biasiswa Centrel European University seperti yang didakwa," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.  

Beliau berkata, Penang Institute adalah badan pemikir dasar awam yang dibiayai kerajaan Pulau Pinang, justeru ia tidak menerima apa-apa dana dari sumber asing tanpa kelulusan kerajaan negeri.

Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta siasatan dijalankan berhubung dakwaan bahawa Soros membiayai beberapa organisasi awam Malaysia.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyiasat aduan mengenai penyaluran dana asing kepada portal berita tertentu. - Bernama


Tiada ulasan: