HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 November 2016

Perlembagaan Persekutuan jamin hak perhimpunan aman – Dr Aziz Bari

Aziz Bari

Oleh Hafiz Zainuddin


KUALA LUMPUR: Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata rakyat Malaysia tidak perlu gusar kerana perhimpunan aman dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu menurutnya, ramai peguam dan badan-badan berkaitan telah memberi komen mengenai peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membolehkan himpunan awam dijalankan dan bagaimana polis perlu mengatur supaya tidak berlaku pertembungan fizikal.

Perhimpunan aman seperti perhimpunan Bersih yang diadakan sejak 2007 ini katanya merupakan justifikasi terhadap ketempangan sistem pilihanraya negara ini selain hak kebebasan media dan sebagainya yang tidak dihormati.

“Dalam konteks Perlembagaan, himpunan aman tanpa senjata dibenarkan.

“Malangnya parlimen yang didominasi oleh UMNO membuat pelbagai undang-undang, untuk menyusahkan himpunan yang dibenarkan oleh Perlembagaan di bawah Perkara 10 itu,” katanya kepada Roketkini.

Beliau berkata, tafsiran berbeza yang diberikan hakim-hakim berhubung perkara itu juga telah menyebabkan hak yang dijamin oleh Perlembagaan itu sukar untuk dinikmati oleh rakyat biasa.

Dr Aziz turut mempersoalkan mengapa gerombolan Baju Merah yang melakukan provokasi melampau sebelum ini dibiarkan tanpa tindakan wajar pihak berkuasa.

“Soalnya mengapa baju merah yang muncul tiba-tiba dibiarkan seolah-olah ia ditaja oleh UMNO? Kita perlu ingat Pemuda UMNO pernah menjadi tenaga di sebalik baju merah dalam Himpunan Bersih beberapa tahun lalu,” katanya lagi. – Roketkini.com


Tiada ulasan: