HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 November 2016

Polis serbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Polis menyerbu pejabat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) BERSIH di Petaling Jaya petang ini.
 
Serbuan itu dibuat kurang 24 jam himpunan BERSIH 5 akan diadakan esok di ibu kota.
 
Pegawai NGO itu, Mandeep Singh memberitahu serbuan itu dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
 
“Kira-kira 10 anggota polis di pejabat kami sekarang. Kami dimaklumkan mereka mahu rampas sesuatu.
 
“Peguam kami sedang uruskannya,” kata Mandeep dipetik Malaysiakini.
 
BERSIH disiasat susulan dakwaan mereka menerima dana besar daripada Open Society Foundation, yang diasaskan hartawan George Soros.
 
Selain menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH turut menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam himpunannya esok

Tiada ulasan: