HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 November 2016

Rumah anak yatim terbakar dipanah petir

Bernama




Seramai 18 penghuni sebuah rumah anak yatim di Taman Paramount di Kuala Lumpur sempat menyelamatkan diri apabila bumbung institusi berkenaan terbakar akibat disambar petir ketika hujan lebat hari ini.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Jaswan Singh berkat
a bumbung rumah setingkat berkeluasan 23 meter persegi itu terbakar 70 peratus dalam insiden itu selain menyebabkan kerosakan di ruang tamu.

"Kesemua 13 kanak-kanak, yang paling muda berusia tujuh tahun, dan lima penjaga yang menghuni rumah itu telah keluar dengan pantas untuk menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.24 petang.

Menurut Jaswan Singh, penghuni rumah anak yatim itu telah dipindahkan ke tempat tinggal sementara dengan bantuan pelbagai pihak.- Bernama


Tiada ulasan: