HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 November 2016

SALAHKAH BILA TUN M, MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ MAHU ANWAR DIBEBASKAN?

shahbudindotcom

Salahkah bila Tun Mahathir Mohamad memakai lencana "Free Anwar Now"  pada bajunya?

Salahkah juga apabila Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir memegang plakad yang tertulis "Free Anwar"?

Sejak petang semalam terlihat meriah sungguh serangan dan persendaan terhadap tindakan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz itu sambil mereka turut dilabel dengan bermacam-macam tanggapan seolah-olah telah melakukan dosa yang sangat besar.
 
 
 
 
Apakah tindakan mereka itu suatu dosa dan melambangkan sikap hipokrasi dalam perjuangan?

Jika diperhalusi, tiada apa-apa yang salah sebenarnya. Tun Mahathir dengan Anwar sudah pun berbaik, bertemu dan bersalam antara satu sama lain. Begitu juga dengan Muhyiddin.

Mereka juga sudah sepakat dalam beberapa perkara dan bersetuju dengan hakikat perlunya Najib Razak disingkirkan atas kesalahan yang dilakukannya yang bukan saja merosakkan negara, malah menjadi perbualan di seluruh dunia.

Maka, setelah sealiran begitu, apakah salahnya lagi jika mereka mahu Anwar dibebaskan dalam penjara?

Lagi pun Anwar dipenjara sekarang bukan kerana Tun Mahathir, sebaliknya berlaku di era Najib di mana Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat itu didapati telah pun bertemu Najib dua hari sebelum membuat laporan polisnya.

Sama ada Anwar benar-benar melakukan seperti apa yang didakwa Saiful, biarlah Tuhan yang menentukannya. Bukan kerja kita menentukannya.

Tetapi, dalam proses mahkamah, keadilan adalah penting. Sebab itu, dalam kes bunuh atau rasuah misalnya, banyak yang akhirnya didapati tidak bersalah kerana wujudnya beberapa kecurigaan berkaitan kejadian dan bukannya kerana tidak melakukan kesalahan. 

Itulah keadilan dalam mahkamah dan ia diakui di seluruh dunia, selebihnya bukan lagi kerja manusia. 

Dan jika pun Tun Mahathir ada kesalahan-kesalahan lampau terhadap Anwar, kita juga seharusnya berbangga kerana bekas Perdana Menteri selama 22 tahun juga sedia berbaik dan menebusnya kembali.
 
 
 
 
Tidakkah ia sikap terpuji yang harus sama-sama kita hargai? Adakah kita turut menpunyai sikap seperti itu?

Dari segi perjuangan pula, kiranya mahu dikata hipokrit dan berdosa, sebenarnya adalah jauh lebih hipokrit dan berdosa kiranya Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz terus bersama Najib sekarang ini.

Tidak ada mana-mana tamadun yang dapat menerima apa yang dilakukan Najib sekarang merupakan suatu kebaikan dan amalan yang boleh dipuji.

Dengan itu, kesanggupan mereka berjuang melawan Najib, ia adalah lambang sikap progresif dan sedia berkorban demi kepentingan rakyat dan negara.

Filipina, Indonesia, Thailand dan beberapa negara Arab telah pun lebih dulu menghalau pemimpin mereka yang tidak amanah dan  bersikap kleptorat. Kita masih dikira terlambat dalam hal ini.

Apakah mereka yang sedang mempertahankan Najib sekarang tidak rasa bersalah atas perbuatan mereka sedangkan bukan saja Malaysian Official 1 disebut dalam pendakwaan Jabatan Kehakiman AS, bahkan juga kes penggubahan wang haram berkaitan 1MDB yang sedang dan akan  dibicarakan di beberapa negara lain?

Siapa yang sebenarnya hipokrit dan sedang melakukan dosa? 


Tiada ulasan: