HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 November 2016

Soalan peperiksaan Sejarah SPM tidak bocor

MALAYSIA GAZETTE
 



Kementerian Pendidikan Malaysia menafikan kebocoran peperiksaan Sejarah kertas 1 dan 2 Sijil Pelajaran Malaysia yang disebarkan di media sosial.

Siasatan telah dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan mendapati tidak berlaku kebocoran tersebut, kata KPM dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu tiada keperluan untuk menduduki peperiksaan ulangan.

KPM amat kesal dengan kenyataan yang tidak benar dan menasihatkan agar perkara pemalsuan maklumat tidak dijadikan bahan viral kerana mendatangkan kekeliruan dalam masyarakat.

"KPM tidak teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia jika ia masih diviralkan," katanya. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: