HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 November 2016

Strategi Belanjawan Selangor 2017; satu analisis

Faridz Ridzwan, 
azmin-ali 


Belanjawan Selangor yang dibentangkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyaksikan sebanyak RM3.45 bilion dicadang untuk dibelanjakan pada 2017.

Sebanyak 52.2 peratus daripadanya adalah untuk perbelanjaan pembangunan, manakala 47.8 peratus untuk perbelanjaan mengurus.

Belanjawan Selangor 2017 dibahagikan kepada lima strategi yang menumpukan peningkatan kualiti hidup rakyat negeri.

Ia jelas menerusi pengenalan Skim Peduli Sihat di bawah strategi kedua belanjawan yang disifatkan sebagai kejutan positif utama Kerajaan Selangor bagi 2017.

Skim berkenaan akan memanfaatkan kumpulan isi rumah yang berpendapatan rendah bawah 40 atau B40 untuk menikmati penjagaan kesihatan berkualiti secara percuma.

Akses rakyat Selangor dalam B40 ke atas skim kesihatan percuma ini adalah mudah kerana mereka hanya perlu mendaftar Pejabat Ahli Dewan Negeri, PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah, klinik-klinik berdaftar termasuk pendaftaran atas talian dengan menyertakan bukti atau pengesahan pendapatan.

Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator akan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM 500 setahun.

Dijangkakan, kira-kira sejuta rakyat Selangor akan menerima manfaat Skim Peduli Sihat, yang mana perkhidmatannya boleh didapati di lebih 1,000 klinik berdaftar di seluruh negeri.

Skim Peduli Sihat adalah skim kesihatan yang pertama seumpamanya diperkenalkan di negara ini, berbeza dengan Klinik 1Malaysia yang dikelolakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Aksesnya lebih meluas kerana membabitkan penyertaan klinik swasta berdaftar dalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan mikro dengan percuma.

Pada masa sama, skim berkenaan boleh dilaksanakan dengan cekap dan rakyat negeri dalam golongan B40 berpeluang menikmati perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi.

Skim itu juga membolehkan rakyat Selangor B40 mendapat rawatan pada kadar segera kerana lebih 1,000 klinik menawarkan rawatan selain wujud kepelbagaian dalam mendapatkan ubat.

Ia sekaligus mengurangkan tekanan psikologi pesakit yang sebelum ini lazimnya terpaksa menunggu lama untuk berubat di mana-mana hospital atau klinik kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Pengenalan Skim Peduli Sihat adalah sesuai dengan keadaan negara pada masa kini, terutama dalam kalangan penduduk urban yang tertekan dengan keadaan ekonomi dan pengecutan saiz poket masing-masing.

Secara langsung, Skim Peduli Sihat dapat:-
  • mengurangkan tempoh menunggu oleh rakyat negeri mendapatkan rawatan
  • mengurangkan beban penjagaan kesihatan bagi isi rumah negeri,
  • membantu isi rumah menguruskan perbelanjaan lebih cekap,
  • meningkatkan kuasa beli kumpulan B40,
  • meningkatkan produktiviti penduduk Selangor,
  • menyumbang kepada peningkatan jangka hayat,
  • mengembangkan industri perubatan negara (membanyakkan peluang pekerjaan untuk doktor perubatan dan R&D ubat)
Umumnya, Skim Peduli Sihat mampu mengangkat kedudukan Selangor pada tahap baharu selaku negeri paling maju di Malaysia dan Asia Tenggara.

Pengenalan skim berkenaan juga membolehkan Selangor merekodkan peningkatan tinggi dalam skor Human Development Index (HDI) berbanding negeri lain dalam Persekutuan.

Perkara kedua yang harus diberi penekanan dalam Belanjawan Selangor 2017 ialah memperkenalkan langkah penyelenggaraan jalan raya secara pintar.

Dasar penyelenggaraan pintar jalan raya itu adalah di bawah strategi pertama

Tiada ulasan: