HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 November 2016

Tiada pemilik jual tanah ekoran pencemaran bau khinzir

OLEH SYASYA SUFIAN


SHAH ALAM,: Kerajan Negeri menangkis dakwaan terdapat penduduk Melayu di Tanjung Sepat menjual tanah mereka ekoran pencemaran najis dan bau khinzir di kawasan itu.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, berdasarkan semakan dari 2011 hingga 2016, hanya satu daripada tujuh pemilik tanah di kawasan terbabit melakukan pindah milik.

“Ramai jual tanah? Hanya satu daripada tujuh indivitu dalam satu syarikat yang membuat pindah milik daripada pemilik Melayu kepada bukan Melayu dan itu bukan disebabkan pencemaran.

“Pada masa ini, Kerajaan Negeri berada dalam fasa akhir semakan pelaksanaan projek Ladang Khinzir Moden (MFP) bagi menguruskan semua penternak haiwan itu di Selangor,” katanya.

Pada masa sama, Zaidy turut menafikan dakwaan berkenaan kewujudan ladang ternakan khinzir di Kuala Langat yang beroperasi tanpa lesen.

zaidy-dun

Sebaliknya, beliau berkata, 125 ladang ternakan khinzir di Kuala Langat memiliki lesen sah berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor.

“Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan lesen itu tetapi saya baru semak dengan JPV dan terdapat 125 ladang ternakan khinzir dengan semua berlesen,” katanya.

Sebelum ini, laporan akhbar mendakwa 127 daripada 132 ladang khinzir di Kampung Batu Laut tidak memiliki lesen sah, sekali gus menjadi penyebab pencemaran bau di kawasan terbabit.-AA-

Tiada ulasan: