HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 November 2016

Tiada royalti minyak untuk Sarawak kerana minyak jatuh, kata Najib




Memberi alasan kejatuhan harga minyak dunia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata royalti minyak tidak sesuai kepada negeri Sarawak walaupun negeri tersebut sepatutnya mendapat sebahagian hasil daripada sumber asli tersebut.

Najib menyifatkan kejatuhan harga minyak mengakibatkan hasil negara semakin kritikan dan pemberian royaltik tidak wajar dipertimbangkan buat masa ini.

“Royalti tidak sesuai untuk diberikan pertimbangkan sebab keadaan hasil negara begitu kritikal dan kehilangan RM40 bilion sebab kejatuhan minyak.

“Namun kita akan cuba untuk menampung keperluan pembangunan Sarawak dan dapatkan peruntukkan di luar bajet banyak diluluskan untuk Sarawak,” kata Najib yang dipetik berkata dalam MalaysiaKini semasa sidang media di Wisma Bapa di Kuching hari ini.

Bagaimanapun, Najib menegaskan kerajaan persekutuan sentiasa komited dalam membangunkab negeri bumi kenyalang, ia terbukti dengan pembinaan lebuh raya yang diumumkan baru-baru ini.

“Berdasarkan lawatan saya, RM3.5 bilion telah diluluskan dan banyak juta akan diberikan kepada Sarawak, dan Lebuh Raya Pan Borneo contoh yang amat baik menunjukkan komitmen untuk Sarawak sangat tinggi dan akan diteruskan,” katanya.

Kerajaan persekutuan mengambil alih operasi minyak dan gas dari Sarawak dan Sabah pada tahun 1976, dan sebagai balasannya memberi royalti 5 peratus ke atas semua minyak dan gas yang dikeluarkan.
Kerajaan Sarawak sebelum ini meminta daripada Putrajaya

untuk menaikkan kadar bayaran royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus, namun ditolak kerajaan.

Tiada ulasan: