HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 November 2016

Tun M bertemu MP pembangkang bincang isu kebebasan bersuara

Tan Su Lin, Astro Awani
Tun M bertemu MP pembangkang bincang isu kebebasan bersuara
Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Parlimen hari ini bagi bermesyuarat dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang, di sini, hari ini. -Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Parlimen hari ini bagi bermesyuarat dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang, di sini, hari ini.

Ia antara lain bagi membincangkan dakwaan wujudnya usaha menyekat kebebasan ahli Parlimen khususnya daripada pihak pembangkang untuk bersuara di Dewan Rakyat.

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pada Isnin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen baru-baru ini.

Selain Shafie, turut dipanggil ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Husni Hanadzlah yang juga dipercayai mempunyai kaitan dengan ucapan mereka semasa membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.

Tiada ulasan: