HALAMAN SANTAI

Jumaat, 9 Disember 2016

21 dulang emas dirompak dalam masa dua minit

Astro Awani
21 dulang emas dirompak dalam masa dua minit
Empat penyamun berjaya melarikan 21 dulang emas dalam rompakan di sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Taman OUG. - Gambar Astro AWANI
 
 
KUALA LUMPUR: Empat penyamun berjaya melarikan 21 dulang emas dalam rompakan di sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Taman OUG, Jalan Klang Lama di ibu negara.

Kesemua suspek masuk ke kedai berkenaan dengan memakai topi keledar dan rompi hijau.

Dalam insiden jam 1 tengah hari itu, tiga daripada suspek bersenjatakan penukul meluru masuk dan memecahkan kaunter pameran sementara seorang lagi rakan mereka berkawal di hadapan kedai.

Kegiatan jenayah yang hanya mengambil masa dua minit itu berjaya dirakamkan beberapa kamera litar tertutup berdekatan.

Menurut saksi, seorang daripada suspek berkomunikasi dalam bahasa Malaysia.

Polis masih lagi meneliti rakaman CCTV plat kenderaan yang digunakan saspek.

Siasatan awal, polis menemui kesan darah di lokasi jenayah.Ops Tutup turut diaktifkan bagi memburu suspek. 
 
 

Tiada ulasan: