HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Disember 2016

428 pelajar Malaysia di Aceh selamat

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kira-kira 428 pelajar Malaysia di Aceh dilaporkan selamat susulan gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia yang berlaku awal pagi tadi.
 
Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Datuk Amizal Fadzli Rajali, berkata kebanyakan daripada mereka adalah pelajar di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, yang terletak kira-kira 170 kilometer (km) dari lokasi kejadian gempa bumi, Pidie Jaya, Aceh.
 
Katanya, tiga pelajar yang berada di kawasan kejadian juga dilaporkan selamat.
 
"Pada masa ini, kita sedang menyelaras dan membantu Malaysian Medical Relief Society (Mercy Malaysia) untuk melaksanakan usaha mencari dan menyelamat (SAR) di Pidie Jaya.
 
"MERCY MALAYSIA akan bergerak dari Medan, 470 kilometer dari tempat kejadian dan dijangka tiba lewat petang ini.
 
"Rakyat Malaysia yang berada di sini (Aceh) dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan terjejas kerana dikhuatiri akan berlaku gegaran susulan," katanya dipetik BH.
 
 

Tiada ulasan: