HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Disember 2016

Allahuakbar! Terbaik Tuanku ambo'


 Sultan Muhammad V
Keratan video yang memaparkan aksi Yang di-Pertuan Agong ke -15, Sultan Muhammad V menembak.

 
KECEKAPAN Yang di-Pertuan Agong ke -15, Sultan Muhammad V menggunakan senjata api berjaya menarik perhatian netizen yang rata-rata terpana dengan kebolehan yang ditonjolkan baginda.

Video yang dikongsikan oleh Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu memaparkan kehebatan Sultan Muhammad sedang menembak.

"Yang di-Pertuan Agong ke 15 seorang yang cekap dalam bermain senjata, video ini dirakam semasa Pertandingan Menembak Mahabbah (Acara Side Arm ) bertempat di Lapang Sasar Gunung, Bachok sebulan yang lepas," jelas kapsyen di video berkenaan.

Video yang berdurasi selama 1.00 minit itu menerima pelbagai komen positif daripada rakyat jelata antaranya Asyikin Muhamad Nor.

"Wah...0.37s -0. 42s tepat pada sasaran... hebatnya Tuanku," tulisnya.

Sementara Koko Nut pula menulis, "Terbaik Tuanku".

"Allahuakbar!, terbaik Tuanku ambo,  hebat," tulis pengguna Facebook menggunakan nama Amran pula.
Sultan Muhammad V memang terkenal dengan minatnya dalam sukan lasak.

Selain menembak baginda juga sukakan ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Baginda juga meminati sukan memanah, bowling serta memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain berperanan aktif dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Tiada ulasan: