HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Disember 2016

Annuar saran Muhyiddin selesaikan skandal seks sebelum kritik

 
Sementara itu ahli majlis pimpinan tertinggi berkata Najib berhak meminta ahli parti taat dan bersatu demi parti


annuar-muhyiddin-1


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran supaya membersihkan nama yang terpalit skandal seks sebelum mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa merujuk kepada dakwaan yang mengaitkan bekas timbalan perdana menteri itu dengan seorang wanita baru-baru ini.

“Dia (Muhyiddin) tidak layak komen. Elok tumpu kepada usaha membersihkan namanya yang terpalit dengan kontroversi,” kata Annuar kepada FMT.

Beliau jawab Muhyiddin yang membidas perhimpunan agung Umno yang selesai baru-baru ini sebagai medan untuk Najib menagih ketaatan ahli parti, berbeza dengan perhimpunan sebelum ini.

“PAU tahun ini lain sekali nadanya. Datuk Seri Najib Razak menuntut seluruh ahli berbai’ah dan wala’ kepadanya secara membuta-tuli, kononnya itulah tradisi Umno dan amalan orang Melayu dan Islam,” kata Muhyiddin.

Najib ketika menggulung PAU 2016 menyeru ahli parti supaya setia kepada presiden, ditambah dengan kritikan terhadap bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Bung Moktar Radin mencadangkan kepada Muhyiddin supaya menumpu perhatian membangunkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Ucapan penggulungan presiden banyak memberikan kekuatan kepada parti, termasuk prinsip wala’ iaitu kesetiaan dan kesepaduan,” katanya.

Bung Moktar menjelaskan 2 ciri itu amat diperlukan ketika ini agar Umno terus diyakini penyokongnya.
“Apa pun presiden berhak untuk memaklumkan ahli parti mengenai agenda tersirat gabungan pembangkang untuk menjatuhkan Umno dengan cara yang rakus,” katanya.


Tiada ulasan: