HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Disember 2016

Asri nafi serang Hadi, walaupun sokong Yusuf Qardhawi

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan tulisannya di Facebook beberapa hari lalu adalah kritikan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Dihubungi Antarapos, beliau sebaliknya berkata kenyataannya itu sebagai merujuk sokongan kecaman yang disuarakan pemimpin tertinggi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Dr Yusuf al-Qaradawi terhadap kehadiran pemimpin Islam ke persidangan anjuran Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa, di Tehran baru-baru ini.
 
"Hadi mungkin mempunyai alasan tersendiri. Pertama, saya ulas hal ini merujuk kepada Qardhawi, bukan Hadi.
 
"Saya tidak tahu mengapa respon saya terhadap surat Qardhawi agak lambat. Sebelum itu, orang perkatakan tentang kehadiran Hadi. Kemudian PAS respon isu itu dengan menyerang saya, sedangkan saya tidak sentuh mengenai Hadi," katanya.
 
Dalam tulisannya di Facebook Selalu lalu, Asri menyatakan sokongannya terhadap kecaman Qaradawi yang terhadap kunjungan Hadi ke Iran.
 
Beliau dipetik sebagai menulis "Bukan isu menziarahi Iran ataupun bersalaman dengan Syiah, tapi isu kejahatan mereka pada waktu ini dan dalam suasana yang seperti ini. Mereka yang matang siyasah, tegap keinsanan serta teguh pegangan pasti cuba mengelakkan hal ini".
 
Diajukan lebih lanjut tentang kewajaran kehadiran Hadi di persidangan itu, Asri menekankan soal masa yang didakwa sebagai tidak sesuai, apatah lagi di kala rakyat Syria 'disembelih dengan kejam' dan campur tangan Iran dalam peperangan berkenaan.
 
Iran dianggap satu daripada negara yang menyumbang serta menyokong Presiden Bashar al-Assad menentang pemberontak di Syria.
 
"Ramai orang pernah ke Iran, saya juga pernah ke sana, maksudnya melawat. Namun isunya bukan pergi ke Iran. Sebaliknya masa yang tidak kena. Di masa yang Iran mengebom Syria, yang mana semua dunia Arab tahu hal ini. 
 
"Sebagai adil kepada Hadi kita kena lihat beebrapa keadaan. pertama, kita kritik kerana semua orang tahu penglibatan Iran dalam peperangan di Syria," demikian menurutnya lagi.
 
Asri juga kemudiannya mempersoalkan apakah Hadi bersuara lantang dalam menegur kezaliman Syria ke atas rakyatnya di Allepo, ketika berucap dalam persidangan itu.
 
"Jika ucapan Hadi itu menonjolkan bantahan umat Islam terhadap Islam, pada saya, apa yang Hadi buat itu ok lah. Namun secara peribadi yang saya lihat, setakat yang dilaporkan media, saya tidak nampak apa-apa kritikan yang tegas terhadap Iran. Sebaliknya ucapan Hadi memuji Iran dari awal hingga akhir.
 
"Hadi patut mempunyai kenyataan yang lebih tegas dan jelas. Jika itu berlaku, saya rasa pengkritik Hadi tidak ada banyak alasan untuk mengkritik," tegas Asri.
 
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali terdahulu mempertahankan kunjungan Hadi ke muktamar berkenaan.
 
Ujarnya kunjungan Hadi itu bukan kali pertama malah Ahli Parlimen Marang itu menyertai himpunan tersebut sejak puluhan tahun yang lalu.
 
 

Tiada ulasan: