HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Disember 2016

Bekalan air pulih 99 peratus di kawasan Zon 1

SINAR HARIAN
 
 
Air
Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Sejumlah 99 peratus kawasan di Zon 1 telah mendapat bekalan air setakat 9 pagi ini berikutan pengoperasian penuh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata bekalan air di Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih 100 peratus manakala Petaling, 98 peratus.

Menurut kenyataan itu, kawasan di zon berkenaan yang masih belum pulih sepenuhnya ialah di Sungai Penchala, Bukit Lanjan dan Pinggiran TTDI serta SS21 Damansara.

Sementara itu, katanya kawasan di Zon 2 akan mula mendapat bekalan air selepas 4 petang ini.  

Kenyataan itu menyebut pengguna di zon berkenaan yang tidak mendapat bekalan air selepas 4 petang boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip TANKER nama dan alamat.

"Untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terlibat, pengguna dinasihati untuk menggunakan air secara berhemat," kata kenyataan itu.  

Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar 'mySyabas', facebook Air Selangor atau twitter air_selangor untuk mendapat maklumat terkini mengenai status pemulihan bekalan air. - Bernama 


Tiada ulasan: