HALAMAN SANTAI

Rabu, 14 Disember 2016

Betulkah Allah tidak menyuruh manusia semuanya menjadi Islam?

Oleh shahil

 
 

"Allah tidak menyuruh semua orang menjadi Islam. Kalau Dia berkehendak, semua jadi Islam, hanya Kun Fayakun. Tapi Allah tidak berkehendak demikian..."

Demikianlah mafhum kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, dalam konvensyen parti PAN, di SACC, Shah Alam baru-baru lalu. Kata-kata beliau boleh didengar dalam link di bawah.

Dr Mahathir memang mahu menjadi orang serba tahu. Untuk tujuan itu, semua dilanggarnya. Pernah dahulu dia berkata ulama tidak semestinya ahli agama sahaja kerana ulama ertinya orang yang tahu. Tahu kedoktoran juga layak digelar ulama. Kalau fiqh disebut ulama fiqh maka dia mahu juga digelar ulama iaitu ulama kesihatan, ulama doktor. Dia bertanya kepada Wan Mokhtar, seorang lulusan agama UMNO apakah dia layak disebut ulama. Masakan Wan Mokhtar mahu membantah, nak terpelanting, maka Wan Mokhtarpun berkata layak. Dan kemuncak kelayakannya Dr Maahthir telah menjadi salah seorang panel forum perdana bersama dua ilmuan agama.

Oleh kerana dia telah layak digelar ulama, maka mestilah dia bersuara dalam agama. Quran mesti ditafsir semula sesuai dengan peredaran masa, katanya. Maka mungkin sebab itulah dia berkata pula ALLah tak suruh semua manusia menjadi Islam. Ertinya Allah suruh dia menjadi Islam dan tak suruh Lim Kiat Siang menjadi Islam,Allah suruh Kit Siang menjadi kafir.

Ulama PAN tak ada komenpun. Penasihat agama Pakatan Harapan, Ustadz Ahmad Awang kemana tak bersuara?

Jelas Dr kita ni tak abca quran rupanya. Mungkin  juga baca tetapi membaca ayat-ayat secara songsang. Allah menyeru manusia kepada Islam dinafikannya. Tak faham dia apa yang Allah tetapkan dan disuruhNya dan apa yang ditetapkanNya tapi tidak disuruh. Allah menetapkan Islam dan disuruh jadi Islam, Allah jadikan kafir tetapi tak disuruh jadi jafir. Ertinya tak salahlah jadi kafir menurut analogi Dr Mahathir sebab itu juga ketetapan Allah.

Sanggupkah Dr Mahathir keluar Islam jadi kafir? Rasanya 100% beliau tak akan sanggup dan akan berkata pula "Tak nak laaa, nanti masuk neraka"

Allah tak suruh semua manusia jadi Islam dah lebih 1400 tahun dijawab Allah. Allah Maha Tahu depan belakang kiri kanan atas bawah, masa lalu dan masa akan datang. Hari ini Dr Mahathir kata Allah tak suruh semua manusia jadi Islam, sudah dijawab Allah lebih 1400 tahun yang lalu melalui FirmanNya bermaksud 

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam" (Ali-Imran: 64)

Berapa ramai pemimpin dan ahli DAP yang beragama Kristen? Berapa ramai orang Cina beragama Kristen? Ramai, bukan sedikit. Dan Allah telah menyeru mereka bahkan umat ahli kitab seluruh dunia. Dr Mahathir tidak tahukah Allah telah menyeru seluruh ahli kitab kepada Islam.

Maaf ya Dato Seri, penulis sarankan buka-bukalah quran dan baca terjemahannya.Ia langkah terbaik supaya Datok tidak terus berada dalam kesilapan. Banyak silap banyak dosa. Dan kalau banyak dosa, Datokpun tahu dimana Datok akan berada di akhirat.

Inilah padahnya mahukan gelaran yang bukan selayaknya milik kita.  

Wassalam. 


Tiada ulasan: